2026-03-26 HaiPress

Foto AFP
COPENHAGEN,25 Mac – Perdana Menteri Denmark,Mette Frederiksen secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatan kerajaan kepada Raja Frederik X,pada Rabu sekali gus memulakan pusingan baharu rundingan bagi membentuk kerajaan baharu,lapor Xinhua.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam sesetengah kes,lebih daripada satu pusingan perundingan diperlukan dalam proses berkenaan.
Sebelum kerajaan baharu ditubuhkan,Frederiksen akan terus menjalankan tugasnya dengan kapasiti sebagai kerajaan sementara.
Pilihan Raya Parlimen pada Selasa menyaksikan tiada mana-mana pihak memperoleh majoriti mudah di Folketing yang mempunyai 179 kerusi.
Parti Social Democrats pimpinan Frederiksen kekal sebagai parti terbesar dengan memenangi 38 kerusi,namun ‘blok merah’ (haluan kiri) mahupun ‘blok biru’ (haluan kanan) gagal meraih 90 kerusi yang diperlukan untuk mencapai majoriti.
Parti Moderates yang berhaluan tengah dengan 14 kerusi,kini dilihat sebagai pemain yang penting dalam rundingan gabungan akan datang.-BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur