2026-03-27 HaiPress

Pelbagai peluru berpandu Iran dipamerkan di Muzium Angkatan Aeroangkasa IRGC di Tehran sebagai simbol keupayaan pertahanan negara/Foto REUTERS
AMMAN,27 Mac – Angkatan Tentera Jordan mengumumkan pada Khamis yang peluru berpandu Iran menyasarkan negara itu sebanyak tiga kali dalam tempoh 24 jam lepas,lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
RINGKASAN BERITA AI
−
Direktorat Media Ketenteraan di Markas Angkatan Tentera memaklumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Jordan (Petra) bahawa Tentera Udara Diraja Jordan berjaya memintas kesemua tiga peluru berpandu itu dengan cekap dan profesional.
Petra turut memetik jurucakap media Direktorat Keselamatan Awam sebagai berkata yang unit berkaitan menangani 17 laporan dalam tempoh sama melibatkan serpihan dan objek yang jatuh.
Menurut jurucakap itu,tiada kecederaan dilaporkan akibat insiden itu,namun terdapat beberapa kerosakan harta benda. – BERNAMA-WAM
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur