2026-03-27 HaiPress

Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr/REUTERS
MANILA,27 Mac -Filipina akan menumpukan kepada cara menangani kejutan ekonomi susulan konflik di Asia Barat dalam Sidang Kemuncak ASEAN yang akan dianjurkan pada Mei depan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Selasa lalu,Marcos mengisytiharkan keadaan “kecemasan tenaga kebangsaan” susulan risiko terhadap bekalan bahan api domestik Filipina yang timbul akibat perang di Asia Barat.
Filipina,sebuah negara kepulauan dengan 116 juta penduduk yang bergantung kepada import,menyaksikan harga bahan api mencecah paras tertinggi sepanjang sejarah selepas perang antara Amerika Syarikat-Israel dengan Iran menyebabkan penutupan sebahagian Selat Hormuz.
Konflik itu turut menjejaskan jutaan pekerja migran dari negara anggota ASEAN yang berada di negara-negara terjejas.
Bagaimanapun,masih belum jelas sama ada isu-isu lain yang mendesak,termasuk perang saudara di Myanmar atau kod etika yang lama dibincangkan antara ASEAN dan China mengenai Laut China Selatan,akan dibincangkan sepenuhnya dalam sidang kemuncak kali ini. – AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur