2026-03-27 HaiPress

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Prof Madya Dr Mustazar Mansur/RTM
KUALA LUMPUR,27 Mac -Pelarasan kuota bulanan petrol bersubsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter dilihat sebagai langkah strategik kerajaan dalam mengawal ketidaktentuan bekalan di pasaran global,selain memastikan kestabilan bekalan domestik.
RINGKASAN BERITA AI
−
Selain itu,pengguna yang terkesan digalakkan mengambil langkah penyesuaian termasuk mengawal perbelanjaan dengan berhemah dengan menggunakan pengangkutan awam atau beralih kepada sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar.
Mengulas lanjut,Prof Madya Dr Mustazar berkata penetapan had pengisian diesel,termasuk di Sabah,Sarawak dan Labuan,turut berpotensi membendung ketirisan serta aktiviti penyeludupan bahan api yang semakin berleluasa,susulan perbezaan harga ketara dengan negara jiran.
Katanya,langkah ini juga memudahkan pemantauan penggunaan melalui sistem sedia ada,sekali gus meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan.
Semalam,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa langkah rasionalisasi subsidi bahan api,termasuk pengurangan kuota BUDI95 yang berkuatkuasa 1 April 2026.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur