2026-04-01 HaiPress

Datuk Seri R. Ramanan (tengah) bersama Ramelle Ashram Ramli (kanan) dan Ahsim Jamat
KUALA LUMPUR,1 April – Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan mengumumkan pelantikan dua tokoh berpengalaman ke dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sebagai usaha memperkukuh pembangunan modal insan negara melalui latihan kemahiran lebih strategik,dan berimpak tinggi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Ramelle Ashram berpengalaman luas dalam sektor korporat khususnya bidang latihan kemahiran dan pembangunan bakat,dan latar belakang itu akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh hala tuju strategik PTPK,termasuk mempertingkatkan keberkesanan program pembiayaan latihan serta memastikan keselarasan antara keperluan industri dan pembangunan tenaga kerja negara.
Ahsim juga mempunyai pengalaman luas dalam industri latihan kemahiran tenaga kerja dan kepakaran dalam pembangunan sumber manusia,serta dapat membantu memperkasakan perancangan dasar dan pelaksanaan program latihan yang lebih responsif,inklusif dan memenuhi keperluan sektor industri yang sentiasa berkembang.
Dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar dan berdaya saing,PTPK memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja memenuhi kehendak pasaran tempatan,malah mampu bersaing pada peringkat global.- BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur