2026-04-01 HaiPress

Foto BERNAMA
TUMPAT,1 April – Pengusaha stesen minyak terutama di kawasan sempadan Malaysia–Thailand di Kelantan menyambut baik penguatkuasaan larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing yang berkuat kuasa hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,tinjauan RTM di beberapa stesen minyak sekitar Tumpat turut mendapati pematuhan tinggi dalam kalangan pengusaha,dengan tiada kenderaan
asing dibenarkan mengisi RON95.
Dalam perkembangan sama,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan hari ini melancarkan Operasi Membanteras Penyelewengan Bahan Api Subsidi susulan penguatkuasaan larangan tersebut.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDN Kelantan,Aswadi Jaafar berkata,pelaksanaan operasi itu adalah selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol RON95) 2026 bagi memastikan subsidi petrol disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak.
Bagi hari pertama,seramai 140 pegawai penguat kuasa digerakkan untuk menjalankan pemeriksaan,pemantauan serta advokasi di 248 stesen minyak di seluruh Kelantan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur