2026-04-01 HaiPress

FOTO RTM
BACHOK,1 April – Tindakan pantas seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mengejutkan ibunya ketika kebakaran berjaya menyelamatkan mereka sekeluarga dalam kejadian di Kampung Sri Sentosa,Beris Kubor Besar,pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Saya hanya sempat selamatkan anak-anak. Wang simpanan untuk bayaran deposit motosikal sebanyak RM1,500 dan RM400 untuk perbelanjaan anak ke Kuantan bagi mencari kerja turut hangus,” katanya.
Nor Maizuara yang juga ibu tunggal berkata,dia bersyukur kerana mereka terselamat walaupun mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi,mulut dan tangan kiri akibat bahang api.
Dalam kejadian itu,mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dan kebakaran turut merosakkan sebuah kereta Proton Satria milik keluarga.
Sementara itu,Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok,Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zamizi Mohamad berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.13 pagi.
Menurutnya,kebakaran berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian.
“Ketika pasukan tiba di lokasi,rumah dua tingkat jenis separa kekal itu telah terbakar kira-kira 80 peratus berikutan struktur binaan yang sebahagian besarnya diperbuat daripada kayu,” katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur