2026-04-03 HaiPress

Tan Sri Shamsul Azri ketika berucap pada Majlis Jelajah Taat Setia MADANI Peringkat Negeri Selangor,di Shah Alam,hari ini/ Foto RTM
SHAH ALAM,3 April – Ketua Jabatan setiap agensi kerajaan perlu memantau kakitangan yang terlibat dengan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) agar mematuhi garis panduan sedia ada.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Ini adalah sebahagian daripada agenda reformasi perkhidmatan awam di mana Output dan KPI mestilah dicapai.”
Beliau pada sama menyeru pelaksanaan budaya penjimatan secara menyeluruh dalam kalangan penjawat awam sebagai langkah berdepan tekanan ekonomi semasa.
Antara langkah yang digariskan termasuk digalakkan melaksanakan mesyuarat secara dalam talian.
Langkah itu bagi mengurangkan kos penyewaan dewan dan hotel,kecuali bagi urusan rasmi melibatkan tetamu asing bagi tujuan hubungan diplomatik.
Penjawat awam turut diminta meneliti semula keperluan lawatan ke luar negara dan mengehadkannya kepada urusan yang benar-benar penting.
“Oleh yang demikian,penjawat awam kena tunjuk teladan kepada rakyat bahawa kita bukan sekadar mengeluarkan dan melaksanakan arahan tetapi juga menjuarai pelaksanaannya demi negara.”
Beliau berucap pada Majlis Jelajah Taat Setia MADANI Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur