2026-04-08 HaiPress

UiTM Cawangan Perlis dan UIR melaksanakan program bersama komuniti petani di Pekanbaru,RIau.
RIAU,8 April – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis dan Jabatan Akuakultur,Fakulti Pertanian,Universitas Islam Riau (UIR) bekerjasama memangkin sektor pertanian bersama komuniti di Pekanbaru,Riau.
RINGKASAN BERITA AI
−
Penekanan turut diberikan mengenai kepentingan penggunaan teknologi moden,pengurusan sistematik serta pendekatan lestari dalam meningkatkan produktiviti sektor pertanian dan akuakultur.
“Perkongsian sebegini bukan sahaja memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang teknik dan inovasi terkini,malah membuka ruang kepada pertukaran idea serta pengalaman antara kedua-dua institusi pendidikan tinggi.
“Pelaksanaan program bersama komuniti ini sebahagian daripada lawatan kerja pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Perlis ke Universitas Islam Riau,” tambahnya.
Kerjasama ini diharap mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian yang lebih efisien dan mampan,selain memperkukuh hubungan akademik dan komuniti antara dua negara.
Inisiatif kolaborasi antarabangsa ini juga selaras dengan usaha UiTM Cawangan Perlis dalam memperluas jaringan global serta memperkasa peranan institusi pendidikan tinggi sebagai ejen pemindahan ilmu kepada masyarakat.
Kerjasama ini dijangka akan terus berkembang melalui pelaksanaan program bersama lain seperti penyelidikan,latihan lapangan dan pertukaran kepakaran pada masa hadapan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur