2026-04-08 HaiPress

Menteri Luar Iran,Abbas Araghchi
TEHRAN,8 April – Iran akan memastikan laluan selamat bagi trafik maritim yang melalui Selat Hormuz selama dua minggu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menerusi satu kenyataan,republik Islam itu mengisytiharkan kemenangan,sambil menyatakan pelan tersebut memerlukan kawalan berterusan Iran ke atas Selat Hormuz,penerimaan program pengayaan uranium,serta pemansuhan semua sekatan utama dan sekatan sekunder.
Tuntutan utama lain yang dikemukakan melalui perantara di Pakistan itu adalah pengunduran tentera Amerika dari Asia Barat,penamatan serangan ke atas Iran dan sekutunya,pembebasan aset Iran yang dibekukan,serta resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu yang menjadikan sebarang perjanjian itu mengikat.
“Perlu diperhatikan bahawa penerimaan resolusi sedemikian akan menjadikan semua perjanjian ini mengikat bawah undang-undang antarabangsa dan merupakan satu kemenangan diplomatik besar bagi rakyat Iran,” menurut kenyataan Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran.
Pelan tersebut turut menyeru kepada perluasan kawalan Iran ke atas Selat Hormuz,laluan yang menyalurkan kira-kira satu perlima minyak dunia dan hampir ditutup kepada trafik maritim sejak permulaan konflik selama lima minggu.
Pengumuman tersebut dibuat selepas Pakistan mengemukakan cadangan saat akhir untuk mengelakkan serangan besar-besaran Amerika ke atas Iran,dengan Presiden Donald Trump memberi amaran “seluruh tamadun akan musnah malam ini,” jika tiada perjanjian dicapai.
Namun,kira-kira 90 minit sebelum tarikh akhir pukul 8:00 malam,Trump mengumumkan Washington telah menerima pelan tersebut yang dilihat sebagai asas yang boleh dirundingkan. -AFP
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur