2026-04-08 HaiPress

Perdana Menteri Pakistan,Shehbaz Sharif/ Foto REUTERS
ISLAMABAD,8 April – Amerika Syarikat,Iran dan sekutu mereka bersetuju melaksanakan gencatan senjata di semua kawasan,termasuk Lubnan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kedua-dua Tehran dan Washington mengumumkan persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata selama dua minggu,kira-kira sejam sebelum tarikh akhir yang ditetapkan Presiden Donald Trump untuk melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran.
Laporan dari Washington menyebut,Israel turut bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata Amerika-Iran.
Bagaimanapun,rejim Zionis tidak memberikan reaksi segera terhadap pengumuman gencatan senjata itu.
Perang tersebut bermula apabila Israel dan Amerika melancarkan serangan ke atas Iran sehingga mengorbankan pemimpin tertingginya pada 28 Februari,sekali gus mencetuskan serangan balas oleh Tehran terhadap negara-negara Teluk dan Israel.
Lubnan turut terheret dalam konflik selepas kumpulan yang disokong Iran,Hizbullah melancarkan serangan ke atas Israel,yang kemudiannya melakukan serangan balas. -AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur