2026-04-09 HaiPress

Keadaan kemusnahan di Beirut,Lubnan susulan serangan rejim zionis Israel pada Rabu. Foto REUTERS
GENEVA,9 April – Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),Volker Turk,mengecam keras serangan udara besar-besaran Israel di Lubnan yang disifatkannya sebagai amat mengerikan,sambil memberi amaran bahawa tindakan itu boleh menggagalkan usaha damai yang masih rapuh di rantau berkenaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Undang-undang kemanusiaan antarabangsa dengan jelas menetapkan bahawa orang awam dan infrastruktur awam mesti dilindungi,” kata Turk.
“Prinsip-prinsip ini tidak boleh dirunding dan mesti sentiasa dihormati,walau apa pun keadaan konflik bersenjata.”
Beliau turut menggesa supaya siasatan bebas dijalankan segera dan menyeru masyarakat antarabangsa bertindak pantas.
Turk memberi amaran bahawa usaha mewujudkan keamanan di rantau itu akan terus tidak lengkap selagi penduduk Lubnan masih berdepan pengeboman,pemindahan paksa dan ketakutan terhadap serangan lanjut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur