2026-04-09 HaiPress

Foto arkib REUTERS
JAKARTA,9 April – Indonesia menurunkan kos haji kira-kira Rp2 juta (RM465.85) bagi setiap jemaah pada tahun ini walaupun harga bahan api penerbangan meningkat,sebagai sebahagian usaha untuk meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Tempoh menunggu tidak lagi mencecah 48 tahun. Bermula pada 2026,tempoh menunggu paling lama diunjurkan sekitar 26 tahun,dan kami akan terus berusaha untuk memendekkannya lagi,” katanya.
Prabowo berkata Indonesia juga telah memohon kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi untuk membangunkan terminal khas haji bagi memudahkan proses keluar masuk jemaah Indonesia dengan lebih pantas.
“Insya-Allah,kami telah memohon kebenaran daripada kerajaan Arab Saudi supaya Indonesia mempunyai terminal khas haji,agar jemaah kita dapat masuk dan keluar dengan lebih cepat,” katanya.
Prabowo berkata beliau turut mengarahkan Garuda Indonesia dan dana kekayaan negara Danantara supaya berunding dengan Saudi Airlines bagi mewujudkan usaha sama dengan struktur pegangan 50:50 antara pihak Indonesia dan Arab Saudi untuk mengoptimumkan penggunaan penerbangan.
“Ketika ini,pesawat Garuda membawa jemaah ke Arab Saudi tetapi pulang dalam keadaan kosong. Ini tidak ekonomik. Penerbangan Saudi yang membawa pulang jemaah kita ke Indonesia juga kembali kosong,” katanya.
“Kita terbang penuh ke Arab Saudi dan pulang penuh ke Indonesia. Kos boleh dikurangkan lagi dan tempoh perjalanan boleh dipendekkan,” katanya sambil menambah bahawa arahan itu telah dikeluarkan kira-kira dua bulan lalu.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur