2026-04-12 HaiPress

Setiap etnik membawa bersama sejarah,nilai,bahasa dan tradisi unik yang menyumbang kepada pembinaan negara dinamik
KUALA LUMPUR,12 April – Kepelbagaian di negara ini bukan satu cabaran,sebaliknya merupakan aset besar negara yang perlu dipelihara dan dimartabatkan.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Apabila satu komuniti diperkasakan,seluruh negara akan turut maju. Kepelbagaian etnik merupakan asas kepada perpaduan nasional yang membuka ruang untuk rakyat saling mengenali,memahami dan menghormati antara satu sama lain,” katanya.
Dalam konteks Negara Bangsa,perkongsian identiti berlandaskan nilai saling hormat,semangat kebersamaan dan komitmen terhadap keamanan serta kemajuan negara menjadi teras utama menyatukan rakyat Malaysia walaupun berbeza dari segi budaya,bahasa dan kepercayaan.
“Inilah yang mengikat kita sebagai satu bangsa utuh,dengan kepelbagaian bukan memisahkan,tetapi menyatukan,” katanya.
Mengenai Songkran,Datuk Aaron menyifatkan perayaan itu sebagai lambang kegembiraan,kesyukuran dan permulaan baharu yang diraikan bersama keluarga serta komuniti.
Songkran disambut sebagai Tahun Baharu tradisional Thailand dan masyarakat Siam dari 13 hingga 15 April setiap tahun,menandakan berakhirnya musim kemarau dan permulaan musim hujan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur