2026-04-14 HaiPress

Harga bahan api dan baja mungkin kekal tinggi untuk tempoh yang panjang walaupun aliran perkapalan melalui Selat Hormuz disambung semula
ISTANBUL,14 April – Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA),Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia pada Isnin memberi amaran bahawa harga bahan api dan baja mungkin kekal tinggi untuk tempoh yang panjang walaupun aliran perkapalan melalui Selat Hormuz disambung semula,berikutan rantaian bekalan yang terjejas dan kelewatan dalam memulihkan aliran komoditi global.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Hari ini,kami berkongsi penilaian terkini kami menjelang pengumuman Laporan Pasaran Minyak bulanan IEA dan Tinjauan Ekonomi Dunia IMF Selasa,14 April.
“Kami juga membincangkan situasi negara-negara yang paling terjejas akibat kejutan itu serta tindak balas institusi kami.
“Pasukan kami bekerjasama rapat termasuk di peringkat negara untuk memanfaatkan kepakaran masing-masing dan membantu negara melalui nasihat dasar yang disesuaikan,dan dalam kes IMF serta Bank Dunia,sokongan kewangan apabila diperlukan,” menurut kenyataan itu.
Institusi berkenaan berkata mereka akan terus menyelaras sokongan kepada negara anggota serta memantau kesan perang itu terhadap pasaran tenaga dan ekonomi global.
“Kami akan terus memantau dan menilai dengan teliti kesan perang terhadap pasaran tenaga,ekonomi global dan negara-negara secara individu,serta menyelaras respons dan sokongan kepada negara anggota kami dengan bekerjasama serta memanfaatkan kepakaran organisasi antarabangsa lain apabila perlu bagi meletakkan asas kepada pemulihan berdaya tahan yang menjamin kestabilan,pertumbuhan dan pekerjaan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA-ANADOLU
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur