2026-04-14 HaiPress

Setiausaha Politik Perdana Menteri,Datuk Azman Abidin (depan dua kiri) menerima memorandum yang diserahkan wakil pengusaha trak tunda.
KUALA LUMPUR,14 April – Satu memorandum telah dikemukakan oleh wakil pengusaha perkhidmatan trak tunda bagi memohon subsidi diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersepadu (SKDS).
RINGKASAN BERITA AI
−

Wakil pengusaha perkhidmatan trak tunda menghantar memorandum susulan peningkatan kos operasi.
Sementara itu,Datuk Azman berkata,terdapat keperluan mendesak atas tuntutan berkenaan dan akan berusaha mendapatkan maklumat lebih terperinci sebelum mengemukakannya kepada Perdana Menteri untuk pertimbangan lanjut.
“Sekiranya kos operasi terus meningkat,pengusaha perkhidmatan trak tunda berdepan risiko untuk tidak dapat meneruskan operasi mereka.
“Keadaan ini berpotensi menimbulkan pelbagai masalah,termasuk kelewatan dalam pengendalian kenderaan rosak atau terlibat dalam kemalangan di jalan raya,apabila pengusaha enggan berkhidmat kerana kos yang terlalu tinggi,” katanya.
Menurutnya,pelbagai faktor perlu diteliti terutama risiko penyalahgunaan subsidi.
“Kita perlu berhati-hati terhadap risiko penyalahgunaan subsidi yang mungkin berlaku dan telah menekankan kepada pihak pengusaha bahawa sekiranya bantuan diberikan,ia tidak boleh disalahgunakan.
“Kita memahami keperluan untuk membantu,namun integriti dalam pelaksanaannya perlu dijaga,” katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur