2026-04-15 HaiPress

Fatou gorila tertua dunia sambut ulang tahun ke-69 Berlin/Foto AFP
BERLIN,14 April – Seekor gorila betina tertua di dunia,Fatou,mencipta rekod tersendiri apabila menyambut ulang tahun ke-69 di Zoo Berlin,sekali gus jauh melebihi jangka hayat purata spesies itu antara 40 hingga 50 tahun.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,kurator Zoo Berlin,Jennifer Hahn menjelaskan faktor usia menyebabkan Fatou kini ditempatkan secara berasingan daripada kumpulan gorila lain bagi mengelakkan tekanan.
Katanya,persekitaran sosial dalam kumpulan gorila yang aktif boleh memberi tekanan kepada haiwan berusia lanjut,justeru pengasingan itu dilihat lebih sesuai.
Malah,beliau menambah,dengan keadaan kesihatan semasa,Fatou juga tidak lagi berupaya untuk hidup di habitat liar.
Dalam pada itu,pengunjung tetap zoo berkenaan,Nikolas Groeneveld berkata beliau tidak pernah terlepas meraikan ulang tahun kelahiran Fatou sejak beberapa tahun lalu.
Katanya,beliau akan terus hadir setiap tahun selagi masih berpeluang melihat gorila berkenaan.
Seorang lagi pengunjung,Daniela Krone pula berharap Fatou kekal sihat dan berpeluang mencapai usia 70 tahun.
Fatou kini bukan sahaja menjadi tarikan utama Zoo Berlin,malah simbol kejayaan penjagaan haiwan berusia lanjut dalam kurungan. – AFP
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur