2026-04-15 HaiPress

Foto hiasan
ALOR SETAR,15 April – Peladang-peladang di Kawasan Muda,Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik pengumuman Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kewangan berhubung penambahbaikan bantuan diesel yang dilaksanakan bagi meringankan beban kos operasi sektor pertanian.
RINGKASAN BERITA AI
−
Penambahbaikan tersebut menunjukkan Kerajaan MADANI kekal komited memperkukuh inisiatif bantuan bersasar kepada pengguna diesel bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup,di samping memastikan kelancaran aktiviti ekonomi negara.
Kerajaan turut melaksanakan beberapa langkah intervensi termasuk pengukuhan sokongan kepada pesawah serta penambahbaikan bantuan tunai diesel kepada kumpulan sasar dalam usaha memastikan kelangsungan bekalan makanan negara terus terjamin.
Penambahbaikan tersebut susulan ketidaktentuan krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat telah memberi kesan langsung terhadap peningkatan kos bahan api serta gangguan rantaian bekalan di peringkat antarabangsa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur