2026-04-16 HaiPress

FOTO REUTERSs
COPENHAGEN,16 April– Seramai 4.2 juta penduduk dunia bakal hilang tempat tinggal menjelang akhir tahun 2027 akibat peperangan,konflik,keganasan dan penganiayaan,lapor sebuah agensi bantuan kemanusiaan Denmark pada Khamis.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Terdapat jalan penyelesaian untuk menarik rantau ini daripada terus terjerumus ke kancah krisis: gencatan senjata sedia ada mesti menjadi kekal dan diperluas ke Lubnan,yang menyaksikan satu daripada lima penduduknya telah hilang tempat tinggal akibat konflik.
“Keluarga di Lubnan dan Iran mesti dibenarkan pulang ke rumah untuk membina semula kehidupan mereka dalam suasana aman,” katanya.
Laporan itu turut menarik perhatian bahawa krisis perpindahan penduduk kini semakin tersebar merentasi lebih banyak negara,berbanding beberapa krisis besar yang tertumpu di kawasan tertentu pada masa lalu.
Pada 2025,Myanmar dan Sudan sahaja menyumbang lebih separuh daripada jumlah unjuran keseluruhan,namun dalam unjuran terbaharu,kedua-dua negara itu kini mewakili satu perempat daripada jumlah keseluruhan.
DRC turut mendedahkan bahawa pemotongan dana bantuan antarabangsa memberi impak langsung kepada peningkatan jumlah pelarian.
Slente menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa kini berdepan kegagalan besar dalam melindungi golongan paling terdedah di dunia,selain menyatakan berlaku lonjakan 14 peratus dalam keganasan terhadap orang awam pada tahun lepas.
“Bagi keluarga yang melarikan diri daripada peperangan sehelai sepinggang,harapan mereka semakin tipis memandangkan ‘jaring keselamatan’ antarabangsa yang pernah wujud kini semakin mengecil akibat penyusutan bantuan kemanusiaan,” tambahnya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur