2026-04-16 HaiPress

FOTO AFP
WASHINGTON,16 April — Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengumumkan sekatan lebih ketat terhadap industri minyak Iran susulan tindakan Tehran yang terus menutup laluan strategik Selat Hormuz sebagai sebahagian daripada perang di Asia Barat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam kenyataan berasingan,Jabatan Negara memaklumkan bahawa AS bertindak secara tegas untuk mengehadkan keupayaan Iran menjana pendapatan ketika negara itu cuba “menjadikan Selat Hormuz sebagai tebusan.”
Iran sebelum ini bertindak menutup Selat Hormuz yang merupakan laluan utama penghantaran minyak dan gas dunia sebagai tindak balas terhadap kempen ketenteraan AS dan Israel,manakala AS kini sedang melakukan sekatan tentera laut di pelabuhan-pelabuhan Iran.
Pada Selasa,Jabatan Perbendaharaan mengesahkan tidak akan melanjutkan pengecualian sekatan sementara yang sebelum ini membenarkan penjualan minyak Iran yang sudah berada di laut. Ia merupakan satu langkah yang asalnya bertujuan mengurangkan tekanan terhadap lonjakan harga minyak dunia akibat konflik di Asia Barat.
Pihak berkuasa AS mendakwa rangkaian Shamkhani yang beroperasi di Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE),mengelak sekatan melalui kumpulan syarikat perunding dan perkapalan yang kelihatan sah untuk menguruskan armada rangkaian tersebut.
Selain itu,Jabatan Perbendaharaan turut mengumumkan sekatan terhadap seorang lelaki Iran,Seyed Naiemaei Badroddin Moosavi,kerana didakwa sebagai pembiaya kumpulan Hizbullah,serta tiga syarikat yang dikaitkan dengan skim pengubahan wang haram melibatkan penjualan minyak Iran untuk ditukarkan dengan emas dari Venezuela. – AFP
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur