2026-04-16 HaiPress

Calon berhaluan kiri,Roberto Sanchez/AFP
LIMA,16 April – Calon berhaluan kiri,Roberto Sanchez,melonjak ke kedudukan kedua dalam pilihan raya presiden Peru pada Rabu,sekali gus muncul sebagai pencabar utama kepada pendahulu,Keiko Fujimori,bagi pusingan penentuan Jun depan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sanchez,57,yang juga bekas menteri perdagangan,dilihat sebagai pewaris politik kepada bekas pemimpin Pedro Castillo yang kini dalam penjara.
Beliau mendapat sokongan padu dari kawasan luar bandar dan wilayah pergunungan Andes selatan.
“Kertas undi tidak menipu,” kata Sanchez kepada AFP sambil menegaskan sebarang dakwaan salah laku perlu disertakan dengan bukti yang kukuh.
Fujimori turut senada menyeru rakyat supaya bertenang bagi mengelakkan pergolakan lanjut di negara yang telah menyaksikan pertukaran lapan presiden dalam tempoh 10 tahun itu.
“Hari ini,lebih daripada sebelumnya,tanggungjawab dan kematangan politik amat diperlukan. Kita tidak boleh membiarkan lebih banyak kekacauan berlaku,” katanya.
Sebaliknya,Lopez Aliaga yang merupakan penyokong kuat Presiden Amerika Syarikat Donald Trump,mengancam akan mengadakan protes besar-besaran di seluruh negara jika tuntutannya untuk membatalkan keputusan pilihan raya tidak dipenuhi dalam tempoh 24 jam.
Pilihan raya kali ini menyaksikan seramai 35 calon bertanding di tengah-tengah ketidakstabilan politik Peru yang menyaksikan kebanyakan kempen dipenuhi oleh cadangan menangani peningkatan kes jenayah terancang. – AFP
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur