2026-04-16 HaiPress

Sebuah bangunan musnah selepas bedilan tentera Rusia di Dnipro,Ukraine / REUTERS
KYIV,16 April — Sekurang-kurangnya lima nyawa termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Rusia dan Ukraine,menurut kenyataan rasmi daripada kedua-dua negara pada Khamis.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Serangan dron pengganas ke atas bangunan kediaman di Tuapse telah meragut nyawa dua kanak-kanak bawah umur,” katanya menerusi Telegram.
Serangan Rusia ke atas Ukraine semalam turut mencetuskan amaran peluru berpandu di ibu negara,memaksa penduduk untuk segera berlindung.
Di daerah Podilsky,anggota penyelamat dilaporkan berjaya mengeluarkan seorang kanak-kanak daripada runtuhan bangunan kediaman yang musnah.
Klitschko menambah bahawa serangan di Kyiv turut mencederakan sekurang-kurangnya 10 orang,termasuk beberapa petugas perubatan,selain menyebabkan kebakaran bangunan dan kenderaan di daerah Obolonsky akibat serpihan peluru berpandu yang jatuh.
Dalam perkembangan sama,serangan dron di bandar Kharkiv mencederakan seorang wanita warga emas berusia 77 tahun dan seorang lelaki berusia 66 tahun.
Manakala serangan di bandar pelabuhan Odesa menyebabkan lima individu lagi cedera. – AFP
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur