2026-04-20 HaiPress

Akmal Nasrullah Mohd Nasir
PUTRAJAYA,20 April- Kerajaan terus memantau perkembangan inflasi semasa susulan peningkatan kadar inflasi negara kepada 1.7 peratus pada Mac berbanding 1.4 peratus pada Februari.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata,kesan inflasi dijangka berlaku secara berperingkat memandangkan negara masih mempunyai kekuatan dari segi inventori dan beberapa sokongan lain.
Sehubungan itu,kerajaan akan terus meneliti perkembangan kos input semasa bagi memastikan sebarang implikasi terhadap harga barangan dapat ditangani dengan berkesan.
Mengulas unjuran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.3 peratus,beliau berkata angka tersebut menunjukkan ekonomi negara terus berkembang hasil momentum kukuh daripada prestasi tahun sebelumnya.
Bagaimanapun,beliau menegaskan kerajaan kekal berwaspada terhadap risiko gangguan rantaian bekalan dan bekalan tenaga susulan perkembangan geopolitik semasa,walaupun Malaysia mempunyai daya tahan ekonomi yang lebih baik berbanding beberapa negara lain.
Tambah beliau,sikap terlalu selesa dengan kekuatan sedia ada perlu dielakkan bagi memastikan ketahanan ekonomi negara terus diperkukuh dari semasa ke semasa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur