2026-04-23 HaiPress

Foto REUTERS
LAS VEGAS,23 April -Google memperkenalkan generasi baharu unit pemproses tensor (TPU) bagi melatih kecerdasan buatan (AI) serta menggerakkan “ejen digital” yang semakin popular dalam dunia teknologi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut Google,satu daripada TPU baharu itu dioptimumkan untuk melatih model bahasa besar yang menggerakkan AI,manakala satu lagi direka khas untuk proses penaakulan dan pembuatan keputusan yang dikenali sebagai “inferens”,digunakan oleh ejen AI.
Ejen AI merujuk kepada pembantu digital yang mampu melaksanakan tugasan pengkomputeran secara autonomi.
TPU tersebut dibangunkan dengan kerjasama pengeluar semikonduktor Broadcom dan dijangka tersedia pada penghujung tahun ini,menurut Ketua Google Cloud,Thomas Kurian.
Sementara itu,Nvidia awal tahun ini mengumumkan pengeluaran GPU baharu Vera dan Rubin bagi menyokong keperluan AI,tidak lama sebelum Amazon memperkenalkan generasi terkini pemproses khasnya,Trainium.
Google,Amazon dan Microsoft terus mengintegrasikan GPU Nvidia dalam infrastruktur pengkomputeran mereka. – AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur