2026-04-23 HaiPress

FOTO REUTERS
BEIRUT,23 April – Serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya lima nyawa termasuk seorang wartawan di Lubnan pada Rabu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Tempoh gencatan senjata 10 hari sedia ada dijadualkan berakhir pada Ahad ini.
“Lubnan akan memohon gencatan senjata dilanjutkan sebulan lagi,selain menuntut Israel menghentikan pengeboman dan kemusnahan di kawasan yang diduduki serta komited sepenuhnya terhadap syarat gencatan senjata,” kata pegawai itu.
Meskipun gencatan senjata sedang berkuat kuasa,Israel terus melancarkan serangan yang menyasarkan beberapa lokasi.
Anggota penyelamat mengesahkan wartawan harian Al-Akhbar,Amal Khalil,terkorban dalam serangan pada Rabu,manakala rakan sejawatnya,Zeinab Faraj,dilaporkan cedera.
Menteri Penerangan Lubnan,Paul Morcos menerusi hantaran di X menyatakan bahawa Khalil menjadi sasaran tentera Israel ketika sedang menjalankan tugasannya.
Sementara itu,pihak tentera Israel dalam kenyataannya mendakwa serangan dilakukan terhadap kenderaan yang disyaki digunakan oleh Hizbullah selepas mendakwa individu terlibat melanggar gencatan senjata dan mendatangkan ancaman.
Sejak peperangan meletus,pihak berkuasa Lubnan melaporkan sekurang-kurangnya 2,454 orang telah terkorban.
Majlis penyelidikan saintifik negara itu pula menganggarkan lebih 50,000 unit kediaman telah rosak atau musnah sepenuhnya akibat bedilan Israel.
Dalam pada itu,Perancis mengesahkan kematian askar keduanya akibat kecederaan yang dialami dalam serangan hendap terhadap pasukan pengaman PBB di Lubnan pada hujung minggu lalu.
Serangan itu dikaitkan dengan Hizbullah,namun kumpulan berkenaan menafikan penglibatan mereka. – AFP
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur