2026-04-23 HaiPress

Foto BERNAMA
SHAH ALAM,23 April – Majoriti kes keganasan rumah tangga direkodkan di Selangor membabitkan golongan wanita.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kerajaan Negeri melalui Wanita Berdaya Selangor telah melaksanakan Kempen Hentikan Keganasan Berasaskan Gender (GBV) sejak tahun 2021. Kempen tersebut bersifat universal,tidak hanya berfokus kepada wanita malah menekankan bahawa lelaki dan kanak-kanak juga boleh menjadi mangsa keganasan.
Bahan kempen yang disediakan tidak memberi fokus terhadap wanita sahaja malah bersifat umum bagi membuang stigma hanya wanita sahaja yang menjadi mangsa keganasan domestik,” ujarnya.
Tahun ini,GBV akan diadakan secara lebih menyeluruh melalui 5 siri advokasi di Jelajah Wanita Selangor bermula Jun hingga November 2026.
“Siri advokasi ini akan turut membawa agensi yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan sokongan kepada mangsa keganasan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat,Jabatan Kesihatan Negeri dan PDRM,” tambah beliau.
Dalam perkembangan berkaitan,Selangor tidak bercadang membina rumah perlindungan baharu,sebaliknya meneruskan sokongan melalui geran kepada rumah perlindungan sedia ada yang dikendalikan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
“Usaha bersepadu akan terus diperkukuh bagi menangani isu keganasan rumah tangga secara lebih berkesan,” katanya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur