2026-04-23 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,23 April – Lebih dua dekad Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan ke arah mentransformasikan budaya integriti dan tatakelola berkesan di peringkat akar umbi hingga ke pimpinan tertinggi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sebaliknya merupakan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh kejujuran dan integriti,” katanya ketika Program Bual Bicara Integriti sempena Ulang Tahun ke-22 IIM di Menara IIM di sini.
Menurut beliau,integriti perlu menjadi asas dalam setiap aspek pentadbiran di samping disertai nilai etika dan tadbir urus yang baik bagi memastikan kepercayaan rakyat terus terpelihara.
“Integriti yang dipegang mestilah menjunjung tinggi nilai-nilai murni,pinsip agama serta etika yang luhur.
Tan Sri Shamsul Azri turut mengingatkan bahawa integriti merupakan asas utama dalam membentuk peribadi serta kepimpinan yang unggul.
“Integriti adalah asas utama dalam membentuk peribadi dan kepimpinan yang unggul. Tanpa integriti,seseorang itu adalah ibarat jasad tanpa roh. Kelihatan hidup tetapi kosong daripada nilai,prinsip dan makna,” katanya.
Pada program sama,sesi Podcast Integriti: Bikin Serupa Cakap turut berlangsung dibarisi Felo Penyelidik Utama,Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Datuk Dr Anis Yusal Yusoff dan bekas atlet boling kebangsaan,Syaidatul’ Afifah Badrul Hamidi.
Podcast berkenaan dikemudikan Ketua Pengarah Penyiaran,Ashwad Ismail.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur