2026-04-24 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,24 April – Seramai 21 kanak-kanak autistik berusia lapan hingga 13 tahun menyertai Program Sunathon Perdana yang dianjurkan khusus buat golongan itu di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani,Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR),hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut Dr. Marjmin,pihaknya menerima sehingga 300 permohonan.
Namun setiap peserta perlu melalui saringan menyeluruh melibatkan pakar psikologi klinikal,pakar bedah,dan pakar bius bagi memastikan mereka benar-benar bersedia.
Jelasnya,setiap kanak-kanak autistik mempunyai keperluan berbeza,justeru suasana bilik rawatan disesuaikan termasuk penggunaan teknik distraksi serta ruang khas bagi menenangkan mereka sebelum dan selepas prosedur berkhatan.
Seorang bapa yang ditemui RTM,Mohd Khairil Kamarudin menyifatkan program berkenaan memberi peluang kepada anak-anak autistik menjalani prosedur berkhatan dalam suasana lebih selesa dan kondusif.
“Pertama sekali,kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada HUKM,khususnya atas penganjuran program seumpama ini. Program sebegini amat bermakna kerana bukan mudah untuk menemui inisiatif yang memberi peluang kepada kanak-kanak seperti ini.
“Oleh itu,apabila peluang sebegini diberikan,kami amat menghargainya dan mengambil kesempatan untuk memanfaatkannya sepenuhnya,kerana tidak semua tempat menyediakan program seumpama ini,” katanya.
Bagi Farah Waheeda A. Aziz pula,inisiatif sedemikian bukan sahaja memberikan akses rawatan yang sewajarnya,malah meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap keunikan kanak-kanak autistik.
“Masyarakat kini dilihat semakin terbuka dan mula menerima kehadiran mereka berbanding dahulu. Kita perlu belajar memahami bahawa mereka tidak berbeza dan perlu diterima seadanya,” katanya.
Nada yang sama turut dikongsi oleh Raja Munawar Shah Raja Taufik yang memuji profesionalisme petugas perubatan dalam mengendalikan kanak-kanak istimewa itu dengan penuh kemahiran dan empati.
“Dengan kemajuan teknologi sekarang,prosedur ini menjadi lebih mudah. Petugas di sini sangat mahir menguruskan anak-anak autisme dan sangat memahami keperluan mereka,” ujarnya.
Dua kapal Malaysia masih berdepan sekatan
Calon KP SPRM dipersembah kepada Agong
Teknologi AI perkukuh pengurusan bencana, Malaysia jadi rujukan
Pelaksanaan darjah satu enam tahun bagi sekolah JAIS pada 2027
RM300,000 diperuntuk bina semula titi roboh di Pulau Gaya
Program Sunathon TABTAR UKM santuni kanak-kanak autistik
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur