2026-04-29 HaiPress

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES),Datuk Seri Arthur Joseph Kurup
PUTRAJAYA,29 April -Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menggesa agar tiga ekor gajah Asia,iaitu Dara,Amoi dan Kelat,dibawa pulang semula ke negara ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Pihak pengurusan Zoo Taiping & Night Safari disaran memulakan rundingan dengan Zoo Tennoji,Osaka bagi menilai keperluan serta mekanisme pemulangan,memandangkan terdapat obligasi kontrak yang perlu dipatuhi.
“Kementerian juga akan mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak bagi membolehkan tindakan rasmi diambil dalam usaha merealisasikan cadangan tersebut,” katanya dalam sidang media khas,di sini.
Selain itu,beliau turut menggesa pihak terlibat supaya memberikan justifikasi kukuh sekiranya ingin mengekalkan gajah berkenaan di Zoo Tennoji,Osaka,Jepun.
“Jika alasan yang diberikan tidak memuaskan,kita akan meneliti semula dan mempertimbangkan tindakan lanjut,” katanya.
Mengulas lanjut,Datuk Seri Arthur menegaskan sebarang keputusan berkaitan pertukaran atau pemindahan haiwan pada masa hadapan perlu mengambil kira tujuan yang jelas seperti konservasi atau diplomasi,serta manfaat timbal balik kepada negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur