2026-05-07 HaiPress

(Kiri) Petugas kesihatan memindahkan salah seorang pesakit disyaki hantavirus dari sebuah kapal di Praia,Cape Verde sebelum dibawa ke Belanda untuk rawatan. (Kanan) Tedros Adhanom Ghebreyesus/ Reuters
MADRID,7 Mei- Risiko penularan hantavirus kekal rendah dan tidak setanding pandemik COVID-19,kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),Tedros Adhanom Ghebreyesus,susulan kebimbangan antarabangsa berhubung kes jangkitan di sebuah kapal persiaran.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kapal persiaran MV Hondius dijadual tiba di pulau Tenerife,Sepanyol dalam tempoh tiga hari,dengan proses pemindahan penumpang bermula pada 11 Mei.
Kapal itu sebelum ini mencetuskan kebimbangan selepas tiga kematian dilaporkan akibat jangkitan hantavirus dalam kalangan penumpang dan kru.
Pakar WHO,Anais Legand berkata kes pertama di atas kapal tidak mungkin berlaku semasa pelayaran kerana tempoh inkubasi virus antara satu hingga enam minggu,sekali gus menunjukkan jangkitan berlaku lebih awal sebelum pelayaran.
Seorang penumpang,Ruhi Cenet,berkata pihak kapal pada awalnya tidak menyedari tahap serius penularan wabak berkenaan.
“Mereka langsung tidak mempertimbangkan kemungkinan penyakit berjangkit seperti ini. Mereka tidak memandang serius masalah itu,” katanya.
Terdahulu,tiga individu termasuk dua kru kapal yang bergejala telah dipindahkan dari kapal itu di Cape Verde sebelum dibawa ke beberapa negara Eropah termasuk Belanda dan Jerman untuk menerima rawatan. -AFP
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur