2026-05-07 HaiPress

Malaysia-India senitasa memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang/Foto Hiasan/Bernama
PUTRAJAYA,7 Mei – Malaysia dan India komited memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pemuliharaan biodiversiti,unsur nadir bumi (REE) dan teknologi hijau menerusi pelbagai inisiatif strategik.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK),Malaysia telah membuktikan ketegasan dalam melindungi hidupan liar dengan nilai sitaan mencecah RM413.1 juta sejak 2019.
“Malaysia dijadualkan menyertai Sidang Kemuncak IBCA yang pertama di New Delhi pada 1 Jun 2026 bagi memuktamadkan Delhi Declaration mengenai pemuliharaan spesis kucing besar,termasuk Harimau Malaya,” menurut kenyataan itu.
Dalam sektor sumber asli,NRES memaklumkan Malaysia turut menzahirkan minat meneroka kolaborasi strategik dalam industri REE bersama Indian Rare Earths Limited (IREL).
Menurut NRES,Malaysia berhasrat mempelajari model operasi dan teknologi pemprosesan industri tengahan (midstream) India bagi memastikan pembangunan REE negara mampu menghasilkan nilai tambah tinggi secara mampan.
“Kerjasama ini dijangka merangkumi aspek pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti tenaga pakar tempatan,” menurut kenyataan itu.
Selain itu,Malaysia turut mempelawa delegasi India memanfaatkan platform International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) yang dijadual berlangsung dari 7 hingga 9 Okt ini.
“Sebagai hub teknologi hijau terbesar di Asia Tenggara,IGEM ialah platform terbaik bagi kedua-dua negara untuk memacu pelaburan dalam ekonomi kitaran dan penyelesaian rendah karbon,” menurut kenyataan itu.
Pertemuan itu turut menyentuh persediaan kolaborasi bersama National Biodiversity Authority berkaitan kerangka Akses dan Perkongsian Faedah (ABS) serta perkembangan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Jun ini.
Malaysia dan India kekal komited untuk memastikan rantaian bekalan mineral yang berdaya tahan dan usaha pemuliharaan alam sekitar yang inklusif demi kemakmuran bersama di rantau ini.-Bernama
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur