2026-05-15 HaiPress

Foto AFP
BEIJING,15 Mei – Presiden Donald Trump merumuskan pertemuan dengan rakan sejawatan,Xi Jinping merupakan “urusan perdagangan yang hebat”.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kami telah membuat beberapa tawaran perdagangan yang hebat dan bagus untuk kedua-dua negara,” kata Trump selepas melawat taman Zhongnanhai,kawasan bersebelahan Kota Larangan Beijing.
“AS dan China telah selesaikan banyak masalah berbeza yang orang lain tidak akan dapat menyelesaikannya,” tambah Trump tanpa memberikan butiran lanjut.
Xi pula berkata ia adalah lawatan penting dan kedua-dua pihak setakat ini perlu mewujudkan hubungan dua hala baharu yang merupakan hubungan kestabilan strategik yang membina.
Menyentuh mengenai perang di Iran,Presiden AS berkata Xi memberi jaminan bahawa China tidak bersedia untuk membantu Tehran secara ketenteraan.
“Dia (Xi) menegaskan tidak akan memberikan peralatan ketenteraan kepada Iran termasuk ingin melihat Selat Hormuz dibuka,” kata Trump kepada media.
Kementerian Luar China pada Jumaat juga telah mengeluarkan kenyataan yang menggesa “gencatan senjata menyeluruh dan berkekalan”.
Manakala Setiausaha Negara,Marco Rubio memberitahu media pada Khamis bahawa dasar AS mengenai isu Taiwan tidak berubah sejak mesyuarat di Beijing.
Reaksi segera oleh Taipei pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Washington kerana berulang kali menyatakan sokongannya.
Sementara itu,dalam temu bual bersama Fox,Trump berkata satu perjanjian perniagaan besar melibatkan 200 pesawat Boeing turut dipersetujui Xi.- AFP
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur