2026-05-20 HaiPress

Foto AFP
YANGON,20 Mei – Tentera Myanmar mendakwa berjaya merampas semula sebuah bandar di sempadan Thailand,sekali gus meluaskan kawasan lintasan perdagangan sempadan yang kini dikatakan berada bawah kawalan mereka dalam perang saudara yang berlarutan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut statistik rasmi Myanmar,bandar Mawtaung merupakan pos perdagangan yang agak kecil,dengan nilai dagangan mencecah AS$26.7 juta pada tahun kewangan 2023-24.
Namun,kejayaan menawan semula bandar itu menjadi satu lagi suntikan semangat kepada pihak tentera,susulan beberapa kemenangan mutakhir terhadap kumpulan bersenjata etnik minoriti dan gerila prodemokrasi yang diperangi sejak rampasan kuasa 2021.
Perang saudara terus mencengkam Myanmar sejak rampasan kuasa tentera lima tahun lalu yang menggulingkan kerajaan dipilih rakyat pimpinan Aung San Suu Kyi.
Pada penghujung 2023,serangan besar-besaran gabungan pemberontak meletakkan tentera dalam keadaan tertekan,namun selepas kempen itu mula kehilangan momentum,angkatan tentera kembali mengambil peluang.
Bulan ini,pihak tentera mendakwa berjaya merampas semula lebuh raya utama di utara yang menuju ke sempadan China,manakala pada bulan lalu mereka mengadakan upacara meraikan kejayaan menawan semula jalan menuju lintasan perdagangan paling sibuk dengan Thailand. -AFP
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur