2026-05-21 HaiPress

Foto REUTERS
MALE,21 Mei– Misteri kehilangan mangsa tragedi selam di Maldives akhirnya terjawab selepas dua mayat terakhir penyelam warga Itali ditemukan pada Rabu (20 Mei),sekali gus menamatkan operasi pencarian yang digerakkan oleh pasukan penyelam pakar.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sebelum kejadian,kumpulan berkenaan dilaporkan telah memasuki sebuah gua di kawasan laut dalam bagi menjalankan eksplorasi selepas mendapat permit sah untuk menyelidik batu karang lembut (soft corals) di tapak penyelaman Devana Kandu.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kemungkinan berlaku pelanggaran had kedalaman selam selepas kumpulan berkenaan dipercayai turun jauh lebih dalam daripada jarak yang dibenarkan.
Kumpulan penyelam itu diketuai oleh Monica Montefalcone,51 tahun,seorang profesor dari Universiti Genoa merangkap ahli ekologi marin yang sering melakukan aktiviti selam di perairan Maldives di Lautan Hindi.
Tragedi tersebut dilaporkan turut mengorbankan anak perempuan beliau. -REUTERS
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur