2026-05-21 HaiPress

Foto BERNAMA
JEDDAH,21 Mei -Pengurusan ibadah haji perlu sentiasa diperkasakan menerusi pendekatan ijtihad kontemporari seiring dengan perubahan semasa,termasuk dalam aspek kesihatan,teknologi serta keselamatan jemaah.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Saya juga menzahirkan tahniah kepada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang menginspirasikan tema perbincangan ini,dan kita dapat melihat perjalanan ibadah haji kini semakin baik,” katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Simposium Haji Perdana ke-50 di sini,pada Selasa.
Beliau berkata,pengurusan haji masa kini tidak lagi tertumpu kepada aspek ibadah semata-mata,sebaliknya turut merangkumi isu kesihatan awam,penggunaan teknologi digital serta pengurusan jutaan jemaah secara serentak.
Dr Zulkifli berkata,Malaysia mempunyai asas dan kerangka kukuh untuk mendepani cabaran berkenaan menerusi institusi agama,muzakarah serta pembabitan pakar daripada pelbagai bidang.
Dalam perkembangan sama,beliau berkata,Lembaga Tabung Haji terus memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan haji Malaysia kekal tersusun,efisien dan relevan dengan keperluan semasa.
Simposium Haji Perdana (Grand Hajj Symposium) ke-50 yang dianjurkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi itu antara lain membincangkan fiqh isu asas agama Islam berkaitan haji khususnya berhubung kemudahan untuk
umatnya.
Ia turut dihadiri lebih 500 menteri agama,ulama dan pemikir dari 60 negara.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur