2026-05-25 HaiPress

Operasi menyelamat sedang dijalankan bagi mencari individu yang terperangkap/Foto AFP
PUTRAJAYA,24 Mei – Kementerian Luar mengesahkan dua rakyat Malaysia terkesan dalam insiden bangunan runtuh di Bandar Angeles,utara ibu negara Manila,Filipina pada Ahad.
RINGKASAN BERITA AI
−
Katanya,rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular segera atau mempunyai maklumat mengenai rakyat Malaysia lain yang mungkin berada di kawasan terjejas diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila menerusi talian umum +63 286628200,nombor kecemasan (selepas waktu pejabat) +63 961 0778113 atau e-mel di mwmanila@kln.gov.my.
“Kementerian menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada semua pihak yang terkesan akibat insiden ini,” katanya.
Media melaporkan seramai 26 individu berjaya diselamatkan selepas sebuah bangunan sembilan tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh awal Ahad di Bandar Angeles. Sebanyak 24 mangsa dikeluarkan dari struktur bangunan yang runtuh itu,manakala dua lagi diselamatkan dari hotel apartmen berhampiran yang turut terjejas akibat insiden berkenaan./BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur