2026-05-25 HaiPress

Pekerja penyelamat mencari mangsa di antara serpihan runtuhan bangunan sembilan tingkat di Angeles City,Filipina/Foto REUTERS
ANGELES,25 Mei – Sekurang-kurangnya seorang disahkan maut selepas sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh di Filipina pada Ahad,manakala pasukan penyelamat masih giat mencari 21 individu yang dilaporkan hilang di bawah timbunan runtuhan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pegawai maklumat Biro Perlindungan Kebakaran serantau,Maria Leah Sajili berkata,daripada 21 individu yang dilaporkan hilang,lima disahkan terperangkap.
“Dua daripada mereka masih dapat berkomunikasi dengan pasukan penyelamat,manakala keadaan tiga lagi masih belum dapat dipastikan,” katanya dalam sidang media.
Menurut beliau,operasi menyelamat masih diteruskan namun keadaan dijangka menjadi lebih mencabar selepas waktu malam.
Sementara itu,pegawai memaklumkan rekod pelan pembangunan menunjukkan bangunan tersebut diluluskan sebagai kondo-hotel sembilan tingkat,namun sebuah kolam renang sedang dibina di tingkat 10 ketika kejadian berlaku.-REUTERS
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur