2026-05-25 HaiPress

Ketua Hizbullah,Naim Qassem/Foto REUTERS
BEIRUT,25 Mei –Ketua Hizbullah,Naim Qassem pada Ahad menyuarakan harapan agar Lubnan turut dimasukkan dalam sebarang perjanjian antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan konflik di Asia Barat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Ucapan itu dibuat sempena ulang tahun pengunduran tentera Israel dari selatan Lubnan pada tahun 2000 selepas hampir dua dekad pendudukan susulan tekanan berterusan Hizbullah.
Qassem turut menegaskan Iran,yang sekian lama menjadi penyumbang utama dana dan senjata kepada Hizbullah,akan keluar daripada konflik serantau itu “dengan penuh keyakinan”.
Dalam pada itu,Lubnan dijadual mengadakan pusingan keempat rundingan langsung dengan Israel di Washington pada 2 dan 3 Jun depan,didahului pertemuan delegasi tentera kedua-dua pihak di Pentagon pada 29 Mei.
Qassem sekali lagi menolak rundingan langsung dengan Israel dan menyifatkan AS bukan “perantara yang jujur”.
“Rundingan langsung sama sekali tidak boleh diterima dan hanya menguntungkan Israel,” katanya.
Beliau turut mengkritik usaha pihak berkuasa Lubnan untuk melucutkan senjata Hizbullah,dengan mendakwa tindakan itu hanya akan melemahkan pertahanan negara dan membuka ruang kepada “kemusnahan”.
“Pelucutan senjata bermakna melucutkan keupayaan pertahanan Lubnan dan penentangan Hizbullah. Kami tidak akan menerimanya,” tegasnya.-AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur