2026-05-26 HaiPress

Foto Bernama
MINA,25 Mei – Kementerian Hal Ehwal Islam,Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi mengumumkan kesiapsiagaan masjid di kawasan pusat dan tanah suci untuk menerima jemaah haji bermula Isnin hingga penghujung musim haji 1447 Hijrah,lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
RINGKASAN BERITA AI
−
Persiapan itu melibatkan masjid utama di tanah suci iaitu Masjid Namira,Masjid al-Mashar al-Haram,Masjid Al-Khayf dan Masjid Hujjaj al-Birr,menerusi kerja penyelenggaraan,pembersihan serta penyediaan sistem penyaman udara,audio,pencahayaan dan keselamatan.
Kementerian itu mengedarkan lebih 1.4 juta bahan panduan dalam 27 bahasa,menyediakan kira-kira 1,917,700 naskhah al-Quran dan terjemahan dalam lebih 80 bahasa,selain menghantar lebih 120 juta khidmat pesanan ringkas berkaitan kesedaran kepada telefon bimbit jemaah haji.
Dari aspek digital,kementerian itu menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma di lokasi jemaah haji,mengaktifkan peranti fatwa video di masjid miqat dan tanah suci,selain menggunakan skrin interaktif serta aplikasi Rushd bagi menyediakan perkhidmatan panduan dan kesedaran dalam pelbagai bahasa.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur