2026-05-28 HaiPress

Foto BERNAMA
MINA,28 Mei -Jemaah haji menunaikan Tawaf Ifadah di Masjidil Haram pada Rabu selepas selesai berwukuf di Arafah,bermalam di Muzdalifah dan melaksanakan ibadah melontar di Jamratul Aqabah,lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
RINGKASAN BERITA AI
−
Urusan itu dipermudahkan menerusi sistem komprehensif merangkumi perkhidmatan organisasi,kesihatan,dan keselamatan yang disediakan oleh pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kelancaran pergerakan serta keselamatan jemaah sepanjang melaksanakan ibadat berkenaan.
Masjidil Haram menyaksikan kebanjiran besar jemaah yang menunaikan Tawaf Ifadah di bawah pengawasan langsung sektor berkaitan,yang mengerahkan sumber manusia dan teknologi mereka demi menyantuni jemaah serta memudahkan pergerakan mereka dengan lancar dan efisien.
Jemaah haji akan meneruskan baki ibadah mereka di Mina pada Hari-Hari Tashriq untuk melontar di ketiga-tiga Jamrat. Mereka kemudiannya akan mengakhiri ibadah Haji dengan Tawaf Widak (Tawaf Selamat Tinggal) sebelum bertolak meninggalkan Makkah. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur