2026-05-28 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,28 Mei -Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling mengalami gangguan,selepas sebuah tren tergelincir di kawasan suis landasan berhampiran Stesen Chan Sow Lin pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pada masa sama,pelan perkhidmatan alternatif kekal berkuatkuasa bagi memastikan kelangsungan perjalanan penumpang,termasuk pengaktifan tren alternatif dan bas perantara percuma.
“Antara pelan perkhidmatan alternatif yang disediakan termasuk tren ulang-alik di beberapa stesen terlibat serta bas perantara percuma yang menghubungkan stesen-stesen utama seperti Hang Tuah,Chan Sow Lin,Maluri,Cheras dan Pandan Jaya,dengan kekerapan sekitar 15 hingga 20 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa,” menurut kenyataan itu.
Penumpang yang menuju ke pusat bandar dinasihatkan menggunakan Laluan Putrajaya dengan melakukan pertukaran di Stesen Sungai Besi bagi melancarkan perjalanan.
Rapid KL turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan petugas stesen serta merujuk saluran rasmi dan aplikasi MyRapid PULSE untuk maklumat terkini.
Pihak Rapid KL memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan memberi jaminan bahawa keselamatan serta keselesaan penumpang kekal menjadi keutamaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur