2026-05-28 HaiPress

Jenazah Nur Nuha Helena Abd Matin,6 bulan,dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bidan Sara,Tumpat bersama jenazah ibu dan neneknya/RTM
TUMPAT,28 Mei- Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Gua Musang–Kuala Krai,Kelantan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bidan Sara,Kampung Kok Bedullah,di sini,pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut Muhammad Danial,kejadian berlaku terlalu pantas dan beliau hanya menyedari selepas diselamatkan anggota bomba.
“Sebaik sedar,saya dapati diri saya berada di tepi jalan berhampiran tembok.Kemudian bomba datang menyelamatkan saya. Ketika itu saya berada di tepi rumput.
“Saya merancang untuk pulang menyambut Aidiladha bersama keluarga dan telah meminta cuti seminggu,” katanya.

Muhammad Danial Darwisy Che Hasmadi,23 tahun/RTM
Dalam kejadian pada Rabu,kira-kira pukul 7.00 pagi,kereta yang dipandu Muhammad Danial dipercayai sedang memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah bertentangan.
Kemalangan itu mengorbankan Safinaz yang meninggal dunia di lokasi kejadian,manakala Jasmin Lyana meninggal dunia pada 9.59 pagi akibat kecederaan parah di kepala,sebelum bayi perempuannya meninggal dunia kira-kira 4.40 petang.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur