2026-05-28 HaiPress

Foto RTM
JOHOR BAHRU,28 Mei -Kelab Media Johor (KMJ) menerima seekor lembu sumbangan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melaksanakan ibadah korban tahun ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Selain itu,HELWA (Hal Ehwal Wanita) juga tidak ketinggalan menyumbang tenaga dengan penyertaan kira-kira 25 orang. Kita dibantu oleh kira-kira 60 hingga 70 orang sukarelawan. Begitu juga dengan HELWA (Hal Ehwal Wanita) yang turut membantu,iaitu lebih kurang 25 orang.
Jadi,sasaran kita adalah untuk menyatupadukan masyarakat melalui aktiviti gotong-royong pada hari ini dalam melaksanakan ibadah korban yang telah diamanahkan kepada kami oleh para peserta seramai 42 orang,” kata Pengerusi Surau Raudhatul Jannah,Wan Nordin Wan Kassim.
“Jadi,sebagai penerima dan juga ahli Kelab Media,saya daripada Utusan Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Perdana Menteri kerana telah menyumbangkan seekor lembu yang besar untuk ibadah korban.
“Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada semua penduduk yang menerima daging korban,serta kepada semua ahli Kelab Media Johor,” Timbalan Presiden II KMJ,Raja Jaafar Raja Ali.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur