2026-06-01 HaiPress

Depoh bahan api Aral di kilang penapisan petroleum Ruhr Oel BP Gelsenkirchen,Jerman/Foto REUTERS
MOSCOW,1 Jun – Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan untuk membekukan sementara had harga ke atas minyak mentah Rusia berikutan konflik yang sedang berterusan di Asia Barat,lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik laporan Bloomberg pada Ahad.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sekatan juga mungkin dikenakan ke atas kira-kira 20 kapal tangki yang didakwa mempunyai kaitan dengan Rusia.
Pada Disember 2022,G7,Australia dan EU telah memperkenalkan had harga US$60 ke atas minyak mentah menerusi jalan laut Rusia,serta melarang penghantaran dan insurans bagi minyak yang dijual melebihi harga berkenaan.
EU bersama United Kingdom (UK),Switzerland,Kanada dan New Zealand kemudiannya menurunkan had harga itu kepada US$47.60 pada September 2025.
Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengeluarkan dekri pada Disember 2022 yang melarang penjualan minyak dan produk petroleum Rusia kepada entiti asing sekiranya kontrak mereka,sama ada secara langsung atau tidak langsung,mengandungi penetapan siling harga.
Larangan berkenaan sejak itu telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2026.
Rusia telah berulang kali menegaskan bahawa negara itu mampu menangani tekanan sekatan berkenaan,selain menuduh Barat tidak mempunyai keberanian untuk mengakui kegagalan dasar sekatan mereka.
Beberapa pegawai Barat turut mengkritik tindakan sekatan itu kerana dilihat tidak berkesan.
Putin sebelum ini berkata dasar untuk mengekang dan melemahkan Rusia merupakan strategi jangka panjang Barat,manakala sekatan-sekatan yang dikenakan telah memberi tamparan hebat kepada keseluruhan ekonomi global. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur