2026-06-02 HaiPress

Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump/ AFP
WASHINGTON,2 Jun – Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump,mendakwa Israel dan Hizbullah telah bersetuju menghentikan pertempuran,selain memaklumkan rundingan dengan Iran kini kembali menunjukkan perkembangan positif,susulan konflik di Lubnan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kenyataan tersebut dibuat selepas agensi berita Iran,Tasnim,melaporkan Tehran menangguhkan dialog dengan pihak pengantara sebagai bantahan terhadap operasi ketenteraan Israel yang semakin diperluaskan di Lubnan terhadap sekutunya,Hizbullah.
Dalam satu hantaran berasingan,Trump berkata rundingan dengan Iran masih diteruskan dan berlangsung dengan pantas.
Bagaimanapun,beberapa jam sebelum itu,beliau memberi isyarat bercampur-campur mengenai masa depan rundingan tersebut. Dalam wawancara bersama CNBC,Trump berkata beliau tidak kisah jika rundingan dengan Iran gagal diteruskan.
“Jika ia berakhir,maka berakhirlah. Terus terang,saya fikir rundingan itu sudah menjadi sangat membosankan,” katanya.
Beliau turut memberitahu NBC News bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai keputusan Iran untuk menangguhkan rundingan,namun berpendapat terlalu banyak perbincangan telah dilakukan.
“Saya fikir berdiam diri mungkin lebih baik,dan keadaan itu mungkin berlanjutan untuk tempoh yang lama,” katanya.– AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur