2026-06-02 HaiPress

Kebakaran besar memusnahkan kawasan padat penduduk di Kemayoran,Jakarta Pusat sehingga menyebabkan ratusan penduduk hilang tempat tinggal/Foto VIORY
JAKARTA,2 Jun – Ratusan penduduk hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar memusnahkan kawasan padat penduduk di Kemayoran,Jakarta Pusat lewat malam Isnin.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Saya hanya sempat menyelamatkan diri. Semua hangus terbakar. Rumah sewa kami semuanya musnah,” katanya lagi.
Agensi Bomba dan Penyelamat Jakarta memaklumkan operasi memadam kebakaran bermula pada pukul 9.05 malam Isnin waktu tempatan dan berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 4.15 pagi Selasa.
Seramai 175 anggota bersama 35 jentera dikerahkan ke lokasi bagi memadam kebakaran di kawasan perumahan separa kekal di daerah Kemayoran.
Beberapa mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.
Setakat ini,pihak berkuasa belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai sebarang kematian akibat kebakaran tersebut.
Manakala operasi penyejukan dan penilaian kerosakan masih dijalankan di lokasi kejadian. – VIORY
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur