2026-06-02 HaiPress

Asap tebal kelihatan di selatan Lubnan susulan serangan udara Israel berhampiran Nabatieh,Lubnan/Foto REUTERS
NEW YORK,2 Jun – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran ketegangan di Lubnan semakin membimbangkan walaupun gencatan senjata separa antara Hizbullah dan Israel diumumkan pada Isnin.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Perkembangan ini merupakan peningkatan ketegangan yang berbahaya dan membimbangkan. Ia menjejaskan usaha diplomatik yang rapuh untuk meredakan keadaan serta boleh menggagalkan laluan ke arah gencatan senjata kekal,” katanya dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.
PBB turut menggesa Israel mengundurkan tenteranya dari wilayah Lubnan serta menghormati kedaulatan negara itu.
Sementara itu,Lubnan dijangka mengadakan rundingan lanjut dengan Israel di Washington dalam usaha memperluas pelaksanaan gencatan senjata berkenaan.
Konflik di Lubnan semakin meruncing susulan serangan berterusan Israel ke atas beberapa kawasan di negara itu yang turut mengorbankan ribuan penduduk serta perpindahan besar-besaran orang awam. – REUTERS
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur