2026-06-02 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,2 Jun – Ancaman media sosial terhadap kanak-kanak tidak lagi boleh dilihat sebagai isu teknologi semata-mata,sebaliknya turut memberi kesan kepada perkembangan emosi dan sosial generasi muda.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,Pensyarah dan Pengasas Program Hati Buddy,Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM),Prof. Madya Dr. Jamalsafri Saibon menyifatkan ancaman terhadap kanak-kanak di media sosial sebagai isu semasa yang semakin membimbangkan.
Katanya,selain buli siber dan penipuan dalam talian,golongan itu turut berdepan risiko eksploitasi seksual,pendedahan kepada kandungan tidak sesuai serta tekanan emosi yang boleh menjejaskan perkembangan mereka.
Beliau berpandangan langkah mengehadkan pendaftaran akaun media sosial mengikut umur merupakan usaha pencegahan awal yang wajar dilaksanakan,namun tidak boleh bergantung kepada satu pendekatan sahaja.
“Teknologi bukan musuh sebenar. Cabarannya adalah memastikan kanak-kanak mempunyai tahap kematangan yang mencukupi sebelum berdepan risiko dunia digital,” jelasnya.
Menurut beliau,pendidikan literasi digital,penglibatan ibu bapa,peranan sekolah serta tanggungjawab platform media sosial perlu bergerak seiring bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dalam talian dapat diperkukuhkan.
Sebelum ini,kerajaan mengumumkan menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA),kanak-kanak berusia bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan mendaftar akaun media sosial baharu sebagai langkah memperkukuh perlindungan mereka dalam persekitaran digital.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur