2026-06-04 HaiPress

Presiden ANGKASA,Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah/Foto RTM
SUBANG JAYA,4 Jun – Gerakan koperasi disaran tampil sebagai pemain utama dalam sektor hartanah dan perumahan bagi membantu menyediakan penyelesaian kediaman yang lebih inklusif kepada anggota serta masyarakat.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kita menyediakan lima model rumah untuk dipilih mengikut kemampuan. Contohnya,jika seseorang mampu memiliki rumah sekitar RM300,000,mereka boleh memilih model yang bersesuaian,” katanya selepas Majlis Perasmian Penutup dan Penyerahan Watikah Pelantikan Koperasi sebagai Rakan Koperasi MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. (MBSB),di sini.
Dalam pada itu,beliau turut menyeru koperasi agar memainkan peranan lebih aktif bukan sahaja sebagai pemaju,malah sebagai ejen pemasaran projek perumahan,pengumpul pembeli,penyedia perkhidmatan pembiayaan serta pemilik tanah strategik.
Jelasnya,pendekatan bersepadu itu merupakan langkah penting dalam memperkasa komuniti melalui pembangunan perumahan yang lebih sistematik,inklusif dan mampu milik.
MyAngkasa Bina Sdn. Bhd. ditubuhkan dengan misi menyediakan penyelesaian perumahan berkualiti,memperkukuh kerjasama antara koperasi serta meningkatkan kesejahteraan ekonomi masyarakat secara mampan.
Sejak penubuhannya,syarikat itu komited membantu rakyat memiliki kediaman yang lebih selesa dan berkualiti menerusi pelbagai projek pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur