2026-06-04 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof/Foto Bernama
KUALA LUMPUR,4 Jun– Kesinambungan dasar serta kejelasan kerangka kawal selia disifatkan lebih penting berbanding perubahan struktur kementerian atau pertukaran kepimpinan politik dalam memastikan keyakinan pelabur kekal utuh.
RINGKASAN BERITA AI
−
Tambah beliau,semua dasar dan inisiatif yang telah digubal perlu dilaksanakan secara berterusan melalui mekanisme pentadbiran sedia ada termasuk Jemaah Menteri serta jawatankuasa kabinet.
Jelasnya,platform tersebut berperanan memperincikan dasar serta menyelesaikan sebarang perbezaan pandangan antara kementerian demi memastikan kelancaran pelaksanaan.
Dalam pada itu,beliau menegaskan kepentingan kesepaduan semua pihak tanpa mengira perubahan landskap politik,bagi memastikan kepentingan negara sentiasa menjadi keutamaan.
“Perkhidmatan awam merupakan asas kukuh yang memastikan setiap dasar dan strategi yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa peraturan serta kerangka perundangan perlu berada pada tahap yang sesuai dan tidak hanya dilihat dari sudut ekonomi semata-mata,sebaliknya mengambil kira kepentingan menyeluruh negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur